Manan Ngah telah berkecimpung dalam bidang ciptaan & gubahan muzik, studio rakaman, persembahan, konsultansi muzik dan kebudayaan dalam dan luar negara sejak tahun 1982 yakni selama 26 tahun.
Komposer yang berasal dari Terengganu ini telah mencipta nama melalui kepakaran beliau sebagaimana berikut ;
- Mencipta lebih kurang 200 buah lagu lagu pop/kontemporari untuk industri rakaman, lagu tema untuk sektor korporat, swasta, awam dan lagu iklan.
- Menjadi penceramah memperkatakan hal berkaitan muzik dan kebudayaan di institusi pengajian tinggi tempatan, stesyen radio/TV, industri media cetak, elektronik dan lain lain.
- Menjadi juri profesional dan pengarah kreatif untuk pertandingan muzik dan kebudayaan tempatan dan luar negara.
- Memperkenalkan konsep dan genre muzik Balada Nusantara (BN) pada awal 90’an melalui penampilan artis SheQal. Ekoran konsep yang diperkenalkan muncul pula selepas itu dikalangan industri muzik Malaysia apa yang disebut sebagai Irama Malaysia atau Etnik Kreatif yang juga mempunyai pendekatan, stail dan konsep muzik yang hampir sama dengan BN.
- Sebagai Ahli Panel Pakar Upacara Pembukaan dan Penutup Sukan Komanwel ke -16, Kuala Lumpur 98. Ahli Panel yang dilantik bertanggung jawab memikir dan menyumbang idea idea melalui kepakaran masing masing untuk mereka rupa bentuk persembahan kebudayaan yang sebaiknya diketengahkan semasa upacara pembukaan dan penutup Sukan Komanwel ke -16. Sukan berprestij yang julung kali diadakan di Malaysia itu telah disiarkan secara langsung dan ditonton oleh kira kira setengah bilion penonton televisyen dari serata dunia.
- Sebagai Ahli Muzik/Penggubah Lagu di UPSI selama hampir 5 tahun. Tugasan banyak tertumpu kepada penyediaan gubahan untuk kegunaan pensyarah universiti mengadakan latihan dan persembahan bersama para pelajar jurusan muzik UPSI peringkat degree dan master. Disamping itu beliau juga terlibat dalam hal konsultansi dan event management dalam dan luar universiti termasuklah untuk agensi kerajaan.